facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Dianiaya Staff Pizza Hut Sehingga Diugut, Nurul Wahab Dedah KISAH SEBENAR Yang Berlaku!

post-feature-image

Dianiaya Staff Pizza Hut Sehingga Diugut, Nurul Wahab Dedah KISAH SEBENAR Yang Berlaku!

Penyanyi Nourul Wahab atau nama sebenarnya Nourul Huda Abdul Wahab mendedahkan diganggu oleh sekump...
Penyanyi Nourul Wahab atau nama sebenarnya Nourul Huda Abdul Wahab mendedahkan diganggu oleh sekumpulan lelaki gila $ek$ gara-gara seorang staff Pizza Hut mendedahkan nombor telefonnya kepada orang tidak dikenali. 

Pada mulanya kejadian ini berlaku apabila Nourul terlepas perkataan kasar ketika membuat pesanan dan berkemungkinan akibat berang staff terbabit telah mendedahkan maklumat dirinya. 

Sejak dari itu, Nourul menjelaskan dia menerima gangguan daripada beberapa individu dengan tujuan tidak baik termasuk menerima pelbagai ugutan.
"Saya ada menghubungi sebuah restoran makanan segera untuk membuat pesanan, malangnya dia menjawap panggilan saya dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga saya terkeluar satu perkataan yang agak kasar.
"Selapas itu kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila $ek$ dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat kononnya saya seorang janda," jelasnya. 
Dianiaya Staff Pizza Hut Sehingga Diugut, Nurul Wahab Dedah KISAH SEBENAR Yang Berlaku!


Nourul yang meluahkan perasaan berang di laman Facebook miliknya telah menerima panggilan dari pihak restoran makanan segera itu bagi menjernihkan keadaan. 

Malah, pihak restoran terbabit telah meminta maaf serta akan menyiasat kejadian ini. 
"Pihak restoran ada hubungi saya untuk minta maaf, saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah.
"Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan," ujarnya.
Nourul telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi Jumaat lalu. Jika beliau masih lagi diganggu, mungkin beliau akan membawa perkara ini ke mahkamah. 

0 Response to "Dianiaya Staff Pizza Hut Sehingga Diugut, Nurul Wahab Dedah KISAH SEBENAR Yang Berlaku!"

Post a Comment

Artikel Pilihan

PC