Ummi Nazeera Tampil Beri Kenyataan Bertunang Dengan Pilihan Keluarga
Ummi Nazeera kini telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga.
Lelalki berkenaan dikenali sebagai Mr. I, berumur 29 tahun dan bekerja sebagai seorang doktor.
mereka bertunang disebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya sekitar jam 2.30 petang Ahad.
DIKENALKAN IBU LELAKI ITU
Ummi telah diperkenalkan sendiri oleh ibu pemuda itu pada Januari tahun ini.
Ini komen Ummi:
“Sejujurnya, kami tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr. I pada 31 Januari lalu apabila dia menghantar pesanan untuk berkenalan menerusi aplikasi WhatsApp.
“Sejak itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap atau mendengar suara masing-masing di talian telefon.
“Apabila memasuki sebulan setengah perkenalan menerusi mesej, dia akhirnya menelefon saya buat kali pertama sekali gus meluah perasaan untuk bertemu,”
LETAK SYARAT
Ummi telah meletakkan syarat kepada Mr. I iaitu dia perlu bertemu dengan ibunya, Datuk Seri Maziah Musa terlebih dahulu jika ingin berjumpa dengannya.
Mr I telah memikat hati Ummi apabila dia berani menyahut pelawaan itu dan datang ke rumah untuk bertemu dengan ibunya.
“Dia cukup berani apabila datang ke rumah keluarga kami untuk berkenalan sambil menikmati makan malam bersama ibu saya. Itu adalah kali pertama kami bertemu dan keberanian yang dimilikinya itu menyebabkan saya membuat kesimpulan bahawa dia mampu menjadi ketua keluarga kepada saya.
“Dalam hati saya, dia berjaya melepasi ujian pertama apabila bertemu dengan ibu saya dan atas dasar itu, saya menerima keikhlasan hatinya apatah lagi hubungan ini menerima restu daripada ibu saya. Itu yang paling penting dan bahagia buat saya,” jelasnya.
SEMAKIN SERIUS
Ummi menceritakan, Mr. I melamarnya untuk meneruskan hubungan itu ke fasa seterusnya selepas tiga bulan mengenali hati budi masing-masing.
“Dia berjumpa ibu saya sekali lagi untuk meminta persetujuan bagi menghantar rombongan merisik dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Selepas menerima persetujuan daripada ibu dan saya, kedua belah pihak mencapai kata sepakat untuk melangsungkan pertunangan pada 11 Disember (hari ini),” kongsi Ummi.
Kata Ummi, dia tidak berniat untuk menyorokkan perkara itu sebaliknya ia atas permintaan keluarga yang mahukan sebuah majlis ringkas dan tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Pada majlis itu, pihak lelaki diwakili oleh keluarganya menyerahkan lima dulang berbalas lima oleh pihak perempuan.
Mengikut perancangan, mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.
Tahniah diucapkan. -PENEMRAHDOTCOM
The post (5 GAMBAR) Ummi Nazeera Tampil Beri Kenyataan Bertunang Dengan Pilihan Keluarga appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2guaUPK via IFTTT
0 Response to "(5 GAMBAR) Ummi Nazeera Tampil Beri Kenyataan Bertunang Dengan Pilihan Keluarga"
Post a Comment