Anak Belajar Di Amerika Syarikat Tak Pulang 18 Tahun, Ibu Luah Kerinduan
Seorang ibu meluahkan rasa rindu kepada anaknya yang tidak pulang ke rumah selama 18 tahun.
“Tak balik pun tak apa, asalkan dapat dihubungi, tapi kalau balik Alhamdulillah,” kata Azizah Ahmad, 65, meluahkan harapan agar anaknya, Aizam Awang, 39, yang terputus hubungan sejak lapan tahun lalu kembali ke pangkuan keluarga.
Azizah berkata Aizam tidak pernah pulang sejak melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat pada 1998.
Malah anaknya itu tidak dapat dihubungi sejak 2008.
Kali terakhir bertemu anak kedua daripada enam beradik itu ialah pada 2001, ketika beliau bersama arwah suami, Awang Idris dan dua adik Aizam melawat California, Amerika Syarikat.
Azizah juga ada membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya, Aizam Awang, 39, tetapi tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan laporan polis itu.
Azizah berkata, Aizam melanjutkan pelajaran di Universiti Pan Pasific, California dan mengambil kursus Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).
Anaknya itu belajar di sana menerusi tajaan MARA pada 1998.
Katanya, pinjaman Aizam ditukar kepada biasiswa selepas mencatat keputusan yang baik dalam pengajiannya dan dia sepatutnya pulang untuk memenuhi syarat tajaan berkhidmat di tanah air.
Bagaimanapun, beliau berkata, MARA juga tidak berbuat apa-apa termasuk menghubungi Aizam untuk memintanya pulang dan bekerja dalam bidang pengkhususannya iaitu mengajar bahasa Inggeris.
Azizah cuba menghubungi Aizam menerusi e-mel tetapi alamat e-mel digunakan anaknya sebelum ini sudah ditamatkan.
Ini komen Azizah:
“Ketika itu Aizam sudah tamat belajar dan bekerja di sebuah farmasi selain menjual insurans. Saya sempat ajak dia balik tetapi dia menangis dan tidak mahu balik walaupun ayahnya belikan tiket ke Malaysia.
“Saya tak tahu kenapa dia tidak mahu balik.
“Seingat saya tiada apa masalah yang mengguris hati atau menyebabkannya merajuk.
“Dia pernah memberitahu mahu jalan-jalan dan bekerja dahulu di Amerika Syarikat selepas habis belajar.
“Tak sangka pula dia terus tak mahu balik hingga sekarang. Ayahnya meninggal dunia pada 2008 pun dia tak balik. Selepas itulah dia tidak lagi dapat dihubungi, telefon tak dijawab, surat tak dibalas dan kami tak tahu keadaannya sekarang,”
“Kami buntu bagaimana untuk menjejakinya di Amerika Syarikat. Sebagai ibu, saya sentiasa teringatkan dia, rindu saya Tuhan sahaja yang tahu.
“Kalau tak dapat balik kerana tiada duit untuk beli tiket, kita boleh bantu tetapi dia tak dapat dihubungi, jadi kita tak tahu keadaannya.
“Saya juga teringin ke sana mencarinya tetapi tak mampu. Lagipun saya tak tahu sama ada dia masih tinggal di tempatnya dulu di California atau sudah berpindah,”
Azizah merupakan pesara dan berasal dari Negeri Sembilan. Dia merayu sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Aizam supaya menghubunginya di talian 088-230604 atau 016-8306941.
The post Anak Belajar Di Amerika Syarikat Tak Pulang 18 Tahun, Ibu Luah Kerinduan appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2gqrAY8 via IFTTT
0 Response to "Anak Belajar Di Amerika Syarikat Tak Pulang 18 Tahun, Ibu Luah Kerinduan"
Post a Comment