Taruhan Hutang Dadah Syabu, Bayi Dilarikan Pengedar Dadah
Bayi perempuan berusia lapan bulan yang didakwa dilarikan seorang lelaki di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, Jalan Apas, Tawau, pagi semalam.
Kes disyaki ada kaitan dengan kes dadah syabu.
Setelah dilarikan suspek kini diburu polis dan syukur bayi kecil berkenaan berjaya ditemui pada petang hari sama.
Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu mangsa menerusi aplikasi WhatsApp, pada jam 8.52 malam tadi.
Ini komen Ibu bayi berkenaan:
“Syukur alhamdulillah, anak saya selamat dan baru saja tiba di rumah,”
Difahamkan, bayi yang dikenali sebagai Rara itu ditemui orang ramai di ladang kelapa sawit di daerah ini, dipercayai ditinggalkan suspek.
Mengulas lanjut, pihak polis berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada bapa mangsa telah memperkenalkan pembeli syabu dari Indonesia kepada dua suspek berkenaan.
“Bagaimanapun, pembeli itu dikatakan gagal membayar selain gagal dikesan. Keadaan itu menyebabkan suspek berjumpa ibu mangsa untuk menuntut wang ganti rugi sebelum berlakunya penculikan itu,”
Bapa bayi itu yang kini dipenjara di Indonesia kerana kesalahan dadah telah meminta ahli keluarganya di Indonesia membuat transaksi sebanyak Rp100 juta (RM33,332.58) ke dalam akaun Bank Negara Indonesia (BNI) atas nama seorang lelaki dikenali sebagai Syamsul sebagai pembayaran hutang dadah.
Sementara itu, bayi berkenaan sudah dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan. -PENMERAHDOTCOM
The post Taruhan Hutang Dadah Syabu, Bayi Dilarikan Pengedar Dadah appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2helSW9 via IFTTT
0 Response to "Taruhan Hutang Dadah Syabu, Bayi Dilarikan Pengedar Dadah"
Post a Comment