facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

4 Perkara Penting Sebelum Menyewa Rumah Anda Perlu Tahu

Sesiapa sahaja yang tahu nilai dalam menyewa sesebuah hartanah juga faham akan kekurangannya kerana dari satu sudut, menyewa membolehkan anda meminimumkan kos.

Menyewa+rumah

Anda tidak perlu wang pendahuluan yang banyak untuk tinggal di rumah sewa. Apapun, hanya kerana anda teleh menemui tempat tinggal anda, tidak bermakna anda juga menemui suasana kediaman yang baik.

Perhatikan tips, panduan dan perkara-perkara berikut untuk memastikan situasi kediaman anda dalam keadaan baik.

Persekitaran Terdekat

Walaupun anda tidak kisah dengan persekitaran dari segi pemandangan dan keselesaan, anda perlu memastikan keadaan persekitaran rumah sewa yang anda bakal duduki.

Adakah perniagaan, taman, kedai atau perumahan lain di sekitar anda?

Walaupun rumah sewa anda punya perkara di atas, adakah itu yang anda mahukan?

Ini semua bergantung kepada kehendak anda bagaimanapun, anda tentunya tidak mahukan pangsapuri yang berdekatan dengan lapangan terbang dan bersebelahan pula dengan rel kereta api atau pangsapuri yang terletak berdekatan dengan sesuatu yang lebih teruk.

Rumah sepatutnya bukan sahaja menyediakan perlindungan kepada anda dan harta benda daripada cuaca atau anasir luar, bahkan sepatutnya menyediakan ruang untuk anda bertenang dan berehat.

Kenapa anda perlu tingal di kawasan yang memberi tekanan?

Jadi, anda boleh nampak betapa mudahnya untuk mengganggu ketenangan anda dengan berada berdekatan kawasan yang sesak atau bising (tidak selamat), seharusnya anda lebih berwaspada dengan pilihan yang ada untuk house for rent in KL dengan PropertyGuru Malaysia, anda juga boleh melihat sendiri perbandingan sewa rumah dan pilihan terbaik untuk jangka masa panjang.

Kuncinya adalah untuk memastikan anda dapat mencapai kehendak anda dalam mencari tempat tingal yang tenang dan damai.

Penyelenggaraan Umum

Penyelenggaraan sesebuah hartanah adalah perkara yang selalu diambil sambil lewa oleh kebanyakan penyewa kerana rata-ratanya beranggapan yang hartanah itu bukan milik mereka dan mereka tidak kisah dengan masalah yang kecil.

Bagaimanapun, jika anda fikirkan tentang kemungkinan pemilik hartanah yang malas, tidak profesional dan tidak mampu menjalankan tanggungjawab, masalah-masalah kecil ini mungkin boleh dijadikan petanda untuk anda.

Kewujudan masalah-masalah kecil ini boleh digunakan untuk mengetahui bagaimana seseorang pemilik hartanah itu menjaga dan menyelenggara hartanah mereka.

Perkara lain yang perlu anda ingat adalah, jika anda terlihat sebarang masalah kecil di sesebuah hartanah, ia mungkin boleh dijadikan petunjuk untuk masalah yang mungkin ada di sebalik dinding hartanah tersebut.

Fikirkan, jika pemilik hartanah itu tiada masa untuk menguruskan masalah yang wujud dan yang nampak di mata kasar, adakah mereka punya masa untuk meninjau masalah dalaman hartanah milik mereka?

Jiran

Jika difikirkan tentang masalah yang boleh dihadapi dengan jiran anda, seperti yang ditunjukkan di HGTV, anda pasti tahu betapa memeritkan jika mendapat jiran yang kepala angin.

Jika anda perlu berurusan dengan jiran, maka tanggungjawab itu jatuh kepada pemilik hartanah anda dalam memastikan mereka mematuhi perjanjian sewaan.

Namun, walaupun perjanjian sewaan itu boleh melindungi anda, anda mungkin akan menyewa di kawasan yang dipenuhi dengan mereka yang tidak mempunyai keserasian dengan anda.

Manusia (khususnya yang di alaf baru berdasarkan petikan artikel dari Yahoo! bisnes) tidak mahu berurusan dengan jiran tetangga yang menyusahkan.

Dan walaupun ada pemilik hartanah yang mengambil langkah untuk mengelakkan perkara ini, ia masih lagi satu masalah di banyak kawasan.

Bagaimana jika anda ada jiran yang suka membuat bising? Bagaimana pula dengan jiran yang pengotor? Bagaimana jika mereka berbau?

Walaupun bakal jiran anda mungkin nampak seperti orang baik dan berada, adalah perlu untuk anda bersiar-siar bagi meninjau apa yang berlaku di sebalik tabir.

Anda tidak perlulah sampai ke tahap menjadi mata-mata, tetapi lebih baik jika anda tahu masalah yang bakal anda hadapi sebelum anda menandatangani perjanjian sewaan.

Jarak ke Lokasi

Apabila berbicara tentang rumah pilihan perkara yang selalu diutamakan oleh bakal penyewa adalah kos.

Bagaimanapun, bukan setakat kos fizikal yang mampu anda bayar sahaja yang anda perlu fikirkan, anda juga perlu memikirkan tentang kos yang bersangkut dengan masa yang perlu anda habiskan.

Ramai di antara kita yang agak sensitif dengan perkara yang perlu dikorbankan untuk tinggal di kawasan pilihan, tapi komoditi paling bernilai yang perlu dikorbankan sudah tentunya masa.

Anda akan mengambil lebih banyak masa untuk bergerak ke satu-satu lokasi jika tinggal di tempat yang terlalu jauh.

Jika anda fikirkan semula kos pengangkutan, anda mungkin akan sedar yang rumah sewa yang anda sangkakan pilihan yang tepat mungkin sebenarnya pilihan yang lebih buruk jika dibandingkan dengan rumah sewa yang agak mahal tetapi lebih dekat dengan lokasi tumpuan anda.

Jangan hanya fikirkan tentang kos minyak petrol dan juga kesan haus dan lusuh yang akan menimpa kereta anda (ia semua berkait), tapi fikirkan juga jika anda perlu berulang-alik ke tempat kerja anda sejauh 10 KM sehari untuk perjalanan sehala, anda perlu meredah perjalanan sejauh 100 KM seminggu atau lebih 5000 KM setahun.

Ditambah lagi dengan tekanan yang akan anda hadapi kerana anda perlu memandu, inilah masalah yang berpotensi mengganggu anda.

Bagaimanapun, jika anda tambahkan sejam setengah masa perjalanan sehala, anda akan dapat sekurang-kurangnya lima jam seminggu dan ini bermakna anda akan menghabiskan 250 jam setahun hanya untuk berulang alik ke tempat kerja.

Walaupun sesebuah rumah sewa itu mungkin kelihatan agak mahal, anda perlu fikirkan apa kelebihan rumah sewa dari segi kos dan keselesaan untuk tingal di situ.

Semasa anada sedang mencari rumah sewa, anda mungkin rambang mata dengan pilihan rumah yang ada.

Bagaimanapun, jangan hanya melihat pada luaran sahaja, sebaliknya selidik dan fahami betul-betul situasi anda sebelum memasuki perjanjian sewaan.

BACA INI JUGA: 7 Sebab Kenapa Pelaburan Hartanah Sangat Menguntungkan!

from SentiasaPanas http://ift.tt/2lU7BjY via IFTTT

0 Response to "4 Perkara Penting Sebelum Menyewa Rumah Anda Perlu Tahu"

Post a Comment

Artikel Pilihan

PC